Monday, April 18, 2016
DOA & HARAPAN
Aku pernah bercinta tapi dikhianati
Lama aku menyepi
Bila hatiku sudah terbuka
Aku beranikan diri untuk mencuba lagi
Sekali lagi diriku disakiti
Tapi bukan kerana dikhianati
Cuma sikapnya yang tak mampuku hadapi
Aku minta untuk berpisah
Kadang aku tertanya-tanya
Kenapa ini terjadi pada diri
Kerana aku tidak pernah mengkhianati seseorang
Dari sekolah lagi aku tidak pernah punya cinta hati
Ada juga rasa kesal dan sedih
Aku pendam saja
Sekarang rasa ingin kenal lelaki sudah mati
Aku jadi takut
Jadi tak ingin
Hilang rasa percaya
Aku mohon Allah yang jagakan hati ini
Kerana hati ini memang milikNya
Aku harap Allah serahkan hati ini pada orang yang tepat
Kerana aku sudah penat
Aku tengah berusaha
Berusaha baiki diri
Berusaha dekatkan diri kepada Allah
Aku tahu ada 1001 hikmah yang tersembunyi
Aku harap bahagia akan menemaniku seumur hidupku
Hingga ke SYURGA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment