Monday, April 18, 2016

DOA & HARAPAN


Aku pernah bercinta tapi dikhianati
Lama aku menyepi
Bila hatiku sudah terbuka
Aku beranikan diri untuk mencuba lagi
Sekali lagi diriku disakiti
Tapi bukan kerana dikhianati
Cuma sikapnya yang tak mampuku hadapi
Aku minta untuk berpisah

Kadang aku tertanya-tanya
Kenapa ini terjadi pada diri
Kerana aku tidak pernah mengkhianati seseorang
Dari sekolah lagi aku tidak pernah punya cinta hati
Ada juga rasa kesal dan sedih
Aku pendam saja

Sekarang rasa ingin kenal lelaki sudah mati
Aku jadi takut
Jadi tak ingin
Hilang rasa percaya
Aku mohon Allah yang jagakan hati ini
Kerana hati ini memang milikNya
Aku harap Allah serahkan hati ini pada orang yang tepat
Kerana aku sudah penat

Aku tengah berusaha
Berusaha baiki diri
Berusaha dekatkan diri kepada Allah
Aku tahu ada 1001 hikmah yang tersembunyi
Aku harap bahagia akan menemaniku seumur hidupku
Hingga ke SYURGA

PENDOSA

Seluas-luas lautan biru

Seluas-luas langit tinggi

Luas lagi pintu taubat yang dibuka Allah

Untuk kita terus kembali menuju kejalannya

Semoga kita sentiasa diberi kesempatan

Kesempatan untuk bertaubat kepadaNya


#manusiapendosa

#baikidiri

#mencariNur

RUNSING

Fikiranku melayang-layang

Ntah apa yang aku runsingkan

Aku tak pandai nak berceritaAku perlukan seseorang

Seseorang yang sudi mendengar apa yang aku rasa sekarang

Ya, aku tahu hanya pada Allah tempat yang paling baik utnuk mengadu

Aku juga perlukan seseorang

Tapi aku tak jumpa yang sesuai

Aku harap aku akan temui seseorang itu

Aku sangat perlukan dia sekarang

Tapi dimana dia

Siapa dia